MUSTAFFA BIN AHMAD & CHE ZAM BT. JUSOH

Saturday, 7 January 2012

Jalan-jalan Hat Yai & Krabi,Thailand. (Part 2)

Day 3: Au Nang dan 4 Islands Tour. (25.12.2011)
     Au Nang lebih kurang 25 minit dari bandar Krabi,pantai dia cantik..Kami naik bot untuk 'islands hopping' kat sini.Ada 2 jenis bot untuk tu,bot kayu & 'speed boat'.Dari sini kami naik 'speed boat' ke 4 pulau.Pulau Phranang,Pulau Ayam (Chicken Island),Pulau Poda & Pulau Tuk.
     Bot akan berhenti di semua pulau,kecuali Pulau Ayam sebab kat situ tak ada pantai....Tapi boleh 'snorkel' dekat pulau tu.Pulau Tuk ialah 3 pulau yang bersambung dgn. beting pasir.Boleh jalan dari satu pulau ke satu pulau,tapi masa air surut sajalah...hehehe..Pulau Phranang yang paling sesuai untuk berenang sebab air tenang.Pulau-pulau lain ombak kuat sikit..
     Kat Pulau Poda ada orang jual makanan dan aiskrim,tapi kalau duit cukup bajet ja,tak payah beli la...hehehehe..Aiskrim 'Cornetto' Rm 8.00 satu.
Motor teksi kat sini di panggil 'Cholay'.


Naik bot kat Au Nang untuk 'Island Hopping'.


Cantik..Pemandangan di Pulau Phranang.

Permandangan di Pulau Phranang.

Pantai Poda,Pulau Poda.Ada yang berniaga makanan di dalam bot...







Beting pasir di Pulau Tuk.



Permandangan menarik di Pulau Tuk.
     Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 5 - 6 jam..Makan tengahari disediakan,tapi makan nasi bungkus saja la + air + buah-buahan...Bila dah lapar,semua jadi sedap..hehehe...Sampai hotel ja,semua dah letih...Masa untuk ZZZZZ....

     Coming soon : Le Khaokob Cave & Ice Dome...

Saturday, 31 December 2011

Jalan - jalan Hat Yai & Krabi,Thailand. (Part 1)

     Pada 23 - 27 Disember 2011 yang lepas,kami sekeluarga sempat ikut rombongan pejabat Yasmin,Hajar & Hairuddin ke Hat Yai dan Krabi,Thailand.Menarik la sebab semua perbelanjaan di tanggung...Terima kasih Cik Hajar...hehehehe...
     Day 1:Hat Yai (23.12.2011)
        Bertolak dgn. bas dari rumah Cik Hajar ke Hat Yai,Thailand.Masuk ikut border Bukit Kayu Hitam,Kedah.Sampai sana,terus ke Songkhla.Inilah first time rasa naik bukit guna 'lift' kat Bukit Tang Kuan.Tak sempat nak ambil gambar di sana sebab hujan lebat.'Mermaid' kat tepi pantai Songkhla pun cuma sempat tengok dari dalam bas saja...Aktiviti 'free & easy' lepas check in hotel kat Hat Yai...Hotel Siam Central.
        Shopping di Hat Yai kena pandai tawar harga barang,kena minta kurang separuh dari harga yang dia bagi..
 Ahli rombongan kat depan Masjid di Hat Yai.


 Pengalaman unik kat sini,naik bukit guna 'lift'...hehehe.. Tak payah penat-penat jalan..

 Malam kat pekan Hat Yai.
Pengalaman pertama abang long naik 'Tuk-tuk'..Dia kata best naik lori...

     Day 2: Krabi (24.12.2011)
        Bertolak pagi dari Hat Yai ke Krabi..Sampai sana hujan juga..Tak banyak aktiviti boleh buat.Lepas makan tengahari,check in kat Thai Hotel.Hotel ni biasa-biasa ja,tak la best sangat pun...Lepas tu macam biasa,'free & easy' la...Kat Krabi ni banyak orang Islam,jadi makanan tak dak masalah la..Tapi kena elakkan KFC & Mc Donalds sebab tak halal..
        Krabi dalam bahasa melayu bermaksud pedang..Pekan Krabi ni kecil ja,tapi harga barang-barang di sini mahal sikit dari Hat Yai sebab banyak 'mat saleh' di sini...
 Abang Long sempat lagi 'posing' dgn. gajah..





Pemandangan tepi sungai Krabi...

    Coming soon: Au Nang dan 4 Islands tour pulak...
       

Sunday, 18 December 2011

Jalan-Jalan Gua Kelam,Perlis.












Sempena cuti sekolah ni,bawa anak-anak pi jalan-jalan kat Gua Kelam,Perlis pulak...Sekarang tak boleh masuk lagi dalam gua sebab ada 'renovation' kat dalam tu,jadi berkelah kat luar sajalah...Bagi anak-anak mandi kat kolam..Best jugak,air sejuk sangat,sampai pucat budak-budak tu....

Monday, 28 November 2011

Jalan-jalan Zoo Taiping















     Gambar-gambar ni masa kami pi Zoo Taiping,Perak pada 27 November 2011 (Ahad)..Sayang sikit hujan kat sana,tapi apa-apa pun budak-budak tu semua enjoy di sana..Adik,Dila dengan Mat Adib tak pi pun,tapi jumpa kat R&R Gunung Semanggol..Sakan Mat Adib main kat taman tu....
     Untuk yang tak dan pi tu,nanti kita pakat-pakat pi Zoo Negara pulak..