MUSTAFFA BIN AHMAD & CHE ZAM BT. JUSOH

Tuesday, 30 August 2011

Salam AidilFitri

     Ramadhan berlalu pergi,tiba masa menyambut Syawal...Tangan di hulur,kemaafan di pohon,Selamat Hari Raya AidilFitri dari kami sekeluarga...Maaf Zahir dan Batin..Jika ada terlebih perbuatan atau tersalah kata,kami dengan penuh rasa rendah diri memohon ampun dan maaf.Jika ada termakan dan terminum,mohon dihalalkan...Setiap manusia tak terlepas dari melakukan dosa..Semoga dengan kehadiran Syawal ini,Allah swt mengampunkan dosa kita semua,menambahkan keimanan kita dan menjadikan kita insan yang lebih bertakwa..InsyaAllah....
    Firman Allah Ta'ala:
        "Berpegang teguhlah dengan tali Allah,dan janganlah kamu berpecah belah" (Ali Imran:103)
Ayat ini merupakan suatu perintah Allah untuk berpegang teguh dengan agama yang diredhaiNya; iaitu menjaga dan mempelajarinya serta meluruskan diri dan bersatu dalam menganutinya.Dan ayat ini juga merupakan suatu peringatan dari Allah agar kaum muslimin tidak berpecah belah di dalam menganuti agama Allah,kerana perpaduan itu adalah rahmat,manakala perpecah-belahan pula adalah azab.Pertolongan Allah juga sentiasa menyertai orang-orang yang bersatu-padu.Semoga kita semua sentiasa mensyukuri nikmat perpaduan yang telah Allah kurniakan kepada kita.
    Firman Allah Ta'ala:
        "Ingatlah kurnia Allah kepada kamu,ketika kamu dulu bermusuh-musuhan,lalu Allah persatukan antara hati-hati kamu(dalam agama Allah)" (Ali Imran:103)
     Semoga kita mendapat rahmat dan hidayah dari Allah swt.Salam AidilFitri dari kami sekeluarga,keluarga En. Mustaffa bin Ahmad dan Pn. Che Zam bt. Jusoh serta anak-anak dan cucu-cucu...Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin....

1 comment:

  1. Lit ......follow aku pulak aku Non http://araublogger.blogspot.com

    ReplyDelete